RESEPI BUN MANIS.




Bahan-Bahan:
250g Tepung Roti atau Tepung Berprotein Tinggi
50g Marjerin
50g Gula Kastor
1 sudu tehYis
1/2 sudu teh Bread Improver
2 sudu teh Susu Tepung
1/2 sudu teh Garam
Sebiji Telur
105ml Air Suam
Resipi bun manis ni lebih sedap, lembut dan gebu kalau diuli dengan tangan.
Cara Nak Buat Bun Lembut Dan Gebu
1) Satukan semua bahan dalam mangkuk adunan kecuali air, gula dan yis.
2) Campurkan air dan gula, kemudian masukkan yis dalam mangkuk berasingan
3) Bila yis dah berbuih buih, tuangkan ke dalam bahan-bahan yang telah disatukan tadi.
4) Boleh mula menguli kesemua adunan tadi. Untuk teknik menguli adunan bun agar selepas membakar, bun akan jadi lembut dan gebu, boleh klik SINI untuk dapatkan panduan menguli bun.
5) Selesai menguli, tutup adunan untuk setengah jam. Biarkan adunan naik dua kali ganda.
6) Selepas tu boleh membentuk adunan kepada bulatan atau bentuk apa sahaja yang dikehendaki, letakkan dalam dulang yang telah disapu mentega dan biarkan bertutup lagi selama sejam.
7) Bakar adunan bun yang telah kembang, selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius.
8) Keluarkan dari oven dan sapukan mentega diatasnya. Siap untuk dimakan.



0 Response to "RESEPI BUN MANIS."

Post a Comment