RESEPI MUFFIN OREN.



Bahannya:

  • 2 cawan tepung
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh soda bikarbonat - saya lupa letak
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu besar parutan kulit oren - saya tak letak
  • 1/2 cawan butter (dicairkan)
  • 2/3 cawan jus oren -saya perah dari buah oren
  • 1 1/2 sudu besar oren sunquick -saya pun letak ikut izah  
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan kacang walnut - saya pun tak letak ikut izah


topping : -saya tak letak, saya taburkan hirisan badam

  • 1 sudu besar butter cair
  • 1/4 cawan gula perang
  • 1/2 sudu teh ground cinnamon

Caranya:

  1. Campurkan tepung, baking powder, soda dan garam, kemudian ayakkan ke dalam mangkuk yang besar.
  2. Masukkan pula gula halus dan parutan limau. Kacau sebati
  3. Satukan jus oren, butter cair, oren sunquick dan telur. 
  4. Kacau sebati dan tuang ke dalam mangkuk tepung tadi.
  5. Gaul semuanya supaya bersatu, tapi jangan terlalu lama cukup sekadar semuanya sebati.
  6. Masukkan ke dalam muffin try.(saya xde muffin tray, saya guna cam gambo tu..huhuhu)
  7. Untuk topping, gaul rata butter, gula perang dan cinnamon. Kemudian taburkan di atas muffin tadi.
  8. Bakar muffin pada suhu 175 / 180 C selama 20-25 minit.

0 Response to "RESEPI MUFFIN OREN."

Post a Comment