RESEPI NASI GORENG KAMPUNG.



Bahan-bahan:
  • 3 mangkuk nasi-sejuk (dileraikan)
  • Sedikit kangkung (dibasuh bersih dan dipotong)
  • 1 keping isi ayam (dipotong kecil)
  • 1 genggam ikan bilis (ditumbuk dan ketepikan)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 sudu sos ikan
  • 5 biji cili padi (diketuk)
  • Sedikit minyak (untuk menumis)
  • Serbuk secukup rasa
  • Sedikit serbuk lada putih
     Tambahan:
  • Ikan bilis goreng
  • Telur mata
  • Timun (dihiris)
Cara-cara:
  1. Panaskan sedikit minyak. Isi ayam gaulkan dengan sedikit serbuk secukup rasa dan digoreng separuh masak. Nak biarkan kekuningan sedikit pun boleh. Angkat dan ketepikan. 
  2. Dengan menggunakan lebihan minyak yang sama, tumiskan bawang yang tumbuk sehingga naik bau. 
  3. Masukkan cili padi yang diketuk, sos ikan, serbuk secukup rasa, serbuk lada putih. Gaul sekata. 
  4. Masukkan kangkung, kacau seketika sehingga layu sedikit.
  5. Kemudian, masukkan ikan bilis yang ditumbuk dan kacau. Terpulang samaada untuk memasukkan garam atau pun tidak, tapi hati-hati kerana ikan bilis sudah masin.
  6. Jangan lupa masukkan isi ayam yang digoreng tadi. 
  7. Selepas itu boleh la masukkan nasi sedikit demi sedikit dan digaul sehingga sekata dengan semua bahan-bahan.
  8. Dah siap. Padamkan api. Sedia dihidangkan.
  9. Hidangkan bersama telur mata, hirisan timun, dan ditabur dengan ikan bilis goreng di atasnya. 


0 Response to "RESEPI NASI GORENG KAMPUNG."

Post a Comment