RESEPI KERABU MANGGA.



Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Dah memikirkan menu ape tghari nie... hehehe... Hari nie saya nak kongsi 1 resepi super duper mudah n sedap dgn anda semua... iatu kerabu mangga...

Bahan-bahannya mcm kat bawah nie yer...

SELAMAT MENCUBA!!!


BAHAN BAHAN

2 biji mangga muda
3 biji bawang merah kecil - dihiris
2 sudu kecil sos ikan
2 sudu besar gula - ikut citarasa
5-6 biji cili padi - ikut citarasa kepedasan yg disukai
1 genggam ikan bilis - digoreng garing dan ditumbuk kasar

CARA CARA

1. Hiris mangga dengan penghiris utk buat kerepek tu dan potong memanjang. Buat sehingga habis.
2. Masukkan bawang merah yg dihiris, sos ikan, gula dan cili padi kedalam mangkuk berisi mangga tadi dan gaul sebati.
3. Ambil setengah daripada ikan bilis yang ditumbuk tadi dan gaulkan sekali. Lagi setengah tu untuk tabur semasa dihidang. Ini untuk mengekalkan kerangupan ikan bilis tadi. Siap dan sedia dihidang.


0 Response to "RESEPI KERABU MANGGA."

Post a Comment