RESEPI KETAM MASAK LADA HITAM.



Ketam, bekira nak makan kat restoran... 1 nya susah nak mkn... ke2 nya mahal... Jangan bazir duit uolls... beli bahan2 yang saya senaraikan kat bawah nie then follow jer cara2nya... memang sedap...

SELAMAT MENCUBA!!!.

Bahan-bahannya
1)ketam disiang (yang mana patut) kemudian dibersehkan dan dibelah dua
kalau boleh ketukkan  sedikit bahagian kaki ketam yang besar dan agak keras .
2)halia sebesar ibu jari -dihiris bulat-bulat
3)sebiji bawang besar holand-dihiris bulat-bulat
4)5-6 ulas bawang putih-diketuk dan di buang kulit
5)3-4sudu besar lada hitam kisar
6)3 sudu besar sos tiram
7)5-6 besar sos cili
8)300 ml air
9) 2 tangkai   daun bawang  dan setangkai  daun sup  -dihiris

Cara menyediakannya

1)Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan  hiris hingga naik  bau
2)Tumiskan sos tiram diikuti dengan sos cili-kacau sekejap
3)Masukkan ketam diikuti dengan  lada hitam kisar (tutup kuali dan kacau  sekejap-sekejap hingga ketam masak)
4)Masukkan air dan kacau  sekejap
5) Sebelum diangkat taburkan hirisan daun bawang dan daun sup

Pastikan guna api sederhana semasa menumis


0 Response to "RESEPI KETAM MASAK LADA HITAM."

Post a Comment