RESEPI BEPANG BADAM / CRUNCHY CARAMEL ALMOND.



Bepang yang telah dimoden kan...tapi rasa masih sedap seperti dulu... 

Jom sama-sama kita cuba resepi dibawah nie.. Selamat mencuba semua..


Bahan-Bahan:

100 gram - tepung florenta (beli di kedai baking - 1pek 500gm =rm19.50)
100 gram - Badam Hiris
50 gram - Kuaci Hijau

Cara:

1. Mula2 Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven 5 minit cukup - supaya garing sedikit (saya dah terover perang sikit)
2. Masukkan kedua2 bahan badam dan kuaci dalam mangkuk berserta tepung florentina kalau guna jintan hitam masukkan sekali dan di gaul rata.
3. Panaskan oven dan sediakan loyang pembakar saya gunakan loyang kek 8 x 8 alaskan dengan kertas silicon boleh beli di kedai baking juga. saya guna parchment paper hari tu..lebihkan sedikit di kiri kanan kertas alas supaya senang nak kuarkan nanti. 
4.  Masukkan badam dan kuaci yang dah di gaul dengan tepung florentine ke dalam loyang dan ratakan.
Bakar dalam oven selama 10 minit dengan suhu 160'C.
5.  Bila dah masak terus keluarkan dari oven dan potongkan semasa ia masih panas sebab bila dah sejuk payah nak potong patah2kan ajer kalau tak di potong semasa panas.  Sejukkan dan siap untuk dihidang.



sumber

0 Response to "RESEPI BEPANG BADAM / CRUNCHY CARAMEL ALMOND."

Post a Comment