Sambal tumis ikan bilis sangat sinonim dengan nasi lemak dan juga pulut kuning.... Tak lengkap nasi lemak tanpa sambal tumis nie... So, hari nie saya nak share dengan uolls resepi sambal tumis ikan bilis special dari saya.... hehehehe...
bawah nie resepi nya yer uolls...
SELAMAT MENCUBA!!!!
Bahan-bahan :
5 biji bawang merah *
1 labu bawang besar *
½ inci belacan bakar *
1 cawan ikan bilis (dibasuh dan tanpa digoreng)
270 gm cili kering kisar/giling
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukupnya
1 labu bawang besar (dihiris)
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan bertanda * dikisar bersama.
Cara-cara :
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar/giling tumis hingga pecah minyak.
Guna api perlahan.
4. Selepas terbit minyak, masukkan ikan bilis, kacau lagi.
5. Masukkan air asam jawa dan hirisan bawang besar.
6. Masukkan garam dan gula secukupnya.
7. Apabila bawang sudah layu, dipadamkan api.
8. Boleh dihidang bersama nasi lemak, roti putih,
Lempeng, ubi rebus atau sukun goreng.
* Tapi saya masak sambal memang lama, sampai cili tu
betul-betul garing dan berminyak. Bawang merah
atau bawang besar pulak lebih...hmmmm sedapnya.
bahan diatas anggaran waktu saya memasak, jika ada
yang nak guna bawang merah lebih atau kurang
atau tukar gula ke gula melaka terpulang pada
citarasa masing-masing.
resepi sambal sedap ni, mohon share ye :)
ReplyDelete