RESEPI SAMBAL TUMIS TELUR REBUS.



Sambal tumis telur rebus... Sangat sedap makan dengan nasi lemak... So, apa lagi uolls... Jom masak dengan saya..

Bahan-bahannya saya dh senaraikan tu...


SELAMAT MENCUBA!!!


Bahan-bahan
5 biji cili besar - merah
2 ulas bawang merah 
1 ulas bawang putih
1 biji tomato
1/2 sudu teh gula
garam secukup rasa
serbuk perasa - Jika suka
Minyak - untuk menggoreng telur
3 biji telur - di rebus dan kupas kulitnya.

Cara memasak :

1. Masukkan 2 sudu besar minyak kedalam kuali, goreng bawang merah, bawang putih dan tomato hingga layu (dalam 5 minit). 

2. Keluarkan dari kuali dan blender bahan-bahan tersebut hingga hancur.

3. Di dalam kuali tadi, masukkan sedikit minyak lagi dan goreng telur rebus yang telah di kupas tadi. Goreng sebentar sahaja, angkat dan ketepikan.

4. Tumis cili yang di kisar tadi di dalam kuali menggunakan sisa minyak baki menggoreng telur tadi dan masak hingga agak pekat. Masukkan juga gula, garam dan serbuk perasa(jika suka).

5. Suaikan rasa dan bolehlah di angkat dan hidangkan dengan nasi panas.



2 Responses to "RESEPI SAMBAL TUMIS TELUR REBUS."