RESEPI KERANG SAMBAL.



 Menu kerang sambal menjadi kegilaan ramai sekarang... Bukan setakat orang dewasa malah kanak-kanak juga menyukai nya...

So, hari nie saya nak kongsi resepi kerang sambal.. Semoga berjaya dan selamat mencuba..

Bahan-bahan :

1 kg kerang
7 tangkai cili kering (blend)
4 ulas bawang merah (blend)
3 ulas bawang putih (blend)
Hirisan bawang besar
Sedikit air asam jawa
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan tumis :
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 ulas bawang merah (dihiris)

Cara Penyediaan :

Blendkan cili kering, bawang merah dan bawang putih... Sambil tu boleh panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumis sehingga kekuningan.... Masukkan bahan yang diblend tadi... Masukkan air asam jawa, gula dan juga garam... Kacaukan... Masakkan semuanya hingga pecah minyak atau sehingga hilang bau cili... Masukkan kerang dan kacaukan... Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan masak hingga bawang layu... Sebelum diangkat pastikan sambal kerang sudah menepati citarasa... Kalau tak cukup rasa boleh tambahkan garam atau gula... Dah siap boleh la masukkan ke dalam bekas dan dihidangkan...



sumber

0 Response to "RESEPI KERANG SAMBAL."

Post a Comment