RESEPI KUEY TEOW KUNGFU.



bahan-bahan untuk kuah :

putik jagung, karot, kobis, kobis bunga, kailan
udang, sotong, ayam
bawang merah, bawang putih, cili padi
cili merah, cili benggala hijau
sos tiram
garam dan perahan limau kasturi secukup rasa
1 atau 2 sudu tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
1 sudu lada sulah
air

cara penyediaan : 

  • bawang merah dan bawang puting dihiris dan diketuk. cili padi ditumbuk. kemudian ketiga-tiga bahan ini ditumis sehingga naik bau.
  • kemudian masukkan bahan basah seperti udang, sotong dan juga ayam. (kuantiti terpulang pada individu). tumis shingga separuh masak.
  • masukkan air bersama lada sulah dan juga sos tiram serta garam secukup rasa. boleh lah juga dimasukkan sekali sayur2 yang keras seperti putik jagung, karot, kobis bunga dan batang kailan.
  • kemudian masukkan tepung jagung yang sudah dilarutkan dengan air. juga masukkan sedikit perahan limau kasturi.(fungsi untuk masamkan sedikit kuah adalah supaya bau telur pada kuey teow tidak terlalu kuat)
  • akhir sekali, masukkan kobis, daun kailan, cili merah dan cili benggala hijau. biarkan sehingga mendidih dengan api yang sederhana.

bahan untuk kuey teow :

kuey teow yang saiz kecil
1 biji telur
sedikit garam


cara penyediaan :

  • ambil kuay teow yang saiz kecil dengan kuantiti yang u olls inginkan dan pecahkan telur di dalamnya. (kuey teow tidak perlu dicelur)
  • masukkan sedikit garam dan kcau kuey teow tersebut hingga sekata.
  • gorangkan kuey teow yang besalut telur tadi ke dalam kuali dengan minyak yang sedikit sahaja.

0 Response to "RESEPI KUEY TEOW KUNGFU."

Post a Comment