RESEPI KUIH GUNTING RANGUP.



Bahan-Bahannya:
500 g tepung gandum
200 ml air - lebih kurang
1 biji telur
1 1/2 camca besar jintan manis - cuci dan toskan
1 camca besar margerin
1/2 cawan minyak masak
1 camca besar gula
Garam secuku rasa

Bahan Kisar:

5 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
1 camca teh jintan manis
1/4 cawan udang kering/ikan bilis - rendam 10 minit dan toskan


Cara menyediakannya:

  • Panaskan minyak dalam kuali, masukkan margerine dan biar cair. Tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak, masukkan gula dan sedikit garam (anggaran 3/4 camca teh) gaul rata dan masak sekejap, gunakan api perlahan. Sementara itu ayak tepung dalam satu bekas, masukkan jintan manis. Pecahkan telur, kacau sedikit dan masukkan ke dalam tepung, gaul rata.
  • Angkat bahan kisar yang telah ditumis tadi dan tuang ke dalam tepung, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Rehatkan 10 minit.
  • Panaskan minyak untuk goreng terendam dalam kuali, ambil sedikit doh tadi, gelek panjang sehingga menjadi saiz jari kelingking, gunting serong anggaran 0.5 cm. Buat hingga siap dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak, letak atas paper towel. Biar betul2 sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.

0 Response to "RESEPI KUIH GUNTING RANGUP."

Post a Comment