Tak perlu susah2 nak ke kedai mamak lagi utk lepaskan gian uolls dengan kari ayam mamak yg superb tu.. Di bawah nie saya dh sediakan ramuan dan cara masak kari ayam mamak, khas untuk semua penggemarnya...
SELAMAT MENCUBA!!!
BAHAN-BAHAN
- 1/2 ekor ayam - dipotong ikut suka
- ubi kentang klu nak senang rebus asing siap2 cpt sikit nak masak kari ayam ni. sbb klu ditumis bersama rempah dan ayam masa yg agak lama jg diperlukan nak tunggu ubi kentang lembut.
- 3/4 santan atau susu cair
- garam secukup rasa
- 10 biji bawang putih
- 3 inci halia - diblender.
- 1 biji bawang besar (mayang)
- 4 tangkai daun kari
- 1 batang kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 2 biji tomato
- 2 btg serai diketuk
- 2 helai daun pandan
- 8 sb serbuk kari ayam baba's ( bleh kurangkan sukatannya)
- serbuk cili kering ( ikut kepedasan yg dikehendaki )
- 1tsp Serbuk lada hitam
- 1tsp Serbuk lada sulah
- 1tsp Serbuk ketumbar ( klu nak lg wangi buat sendiri sangrai lepas tu kisar kering )
- 1tsp Serbuk jintan manis ( klu nak lg wangi buat sendiri sangrai lepas tu kisar kering )
- Tumis Bahan A sehingga naik bau
- Kemudian masukkan Bahan B. Tumis hingga daun kari agak garing.
- Masukkan ayam tumiskan sekejab untuk hilangkan bau hanyir ayam biarkan hingga ayam bertukar warna .Pastikan dimasak dengan api perlahan.
- bila aroma ayam dah keluar masukan air mengikut kuantiti kuah yg disukai.Tutup periuk dan biarkan air mendidih.
- Bila air kuah dah mendidih, baru la masukkan bahan-C dan Bahan-D.Masak sehingga ramuan rempah ni masak dan sebati.(Ingat selalu tutup periuk dan masak dgn api pelahan. kalau nak dapatkan rasa yg lazat.)
- Bila ayam dah 3/4 masak barulah masukkan santan/susu cair lalu didihkan sekali lg, lalu sesuaikan rasanya. ( sbb apa masukan santan ketika ayam 3/4 masak sbb kita akan didihkan lg sekali lepas masukan santan bila ayam terlalu lama dimasak, ayam akan kehilangan jusnya ) .
bahagian A tu 10 ulas bawang putih ke 10 biji bawang putih?
ReplyDelete