RESEPI PIZZA HOME MADE LEMBUT DAN GEBU.



Bahan2 utk buat doh

250g gandum
1 sudu butter or margerin
1 sudu gula
1 sudu susu tepung
1 sudu yis segera
Garam secukup rasa
125ml air


Cara-cara:

Masukkan bahan. Gaul dulu gandum, gula, garam, susu, butter dan yis. Kemudian masukkan air dan uli.

Kalau anda ada oven besar, doh tu dpt buat pizza large size.. Boleh la buat sebiji besar terus.. If not, boleh bahagi kepada size yg anda suka. Kalau bahagi 4 jadi personal pizza size.. Saya bahagi dgn 4. 

Tutup doh dgn kain lembap dan biar 30 minit.

Selepas itu boleh la leperkan doh mengikut ketebalan yg anda suka. Taburkan sedikit tepung supaya tak melekat. Kalau anda tak de pin penggelek pon tak mengapa. Bukan satu alasan. Tekan2 doh dgn hujung jari mengikut bentuk dan ketebalan yg anda suka. That how i do sebelum beli pin penggelek. 

Kalau suka thin crust, buat nipis2. 

Dah siap gelek, masak dulu dlm oven lebih kurang 5 minit pada suhu 190. Utk pizza kecik tu la.. Kalau tak, bakar sehingga masak. Tapi jgn sampai warna perang.

Utk sos, kalau anda ada masa, boleh buat homemade tomato sos.
1. Mayonese. 
2. Sos cili brand kesukaan
3. Sos lada hitam.

Letak ketiga2 sos.
List topping yg senang dan biasa ada dlm almari dapur anda:
1. Bawang
2. Tomato
3. Cendawan
4. Cili
5. Ayam - cincang/ potong kecil2,  masak dulu ikut suka perasa anda.. Sambal tumis pon boleh..
6. Daging sama mcm ayam masak dulu
7. Hotdog
8. Sardin
9. Ikan bilis
10. Telur
11. Crabstick
12. Seafood - udang, sotong
11. Tuna dlm tin yg pelbagai perisa tu.. Mild, chilli tuna. 

Sprinkle mozarella cheese and cheddar

Bakar sampai tepi warna perang.

SELAMAT MENCUBA.

0 Response to "RESEPI PIZZA HOME MADE LEMBUT DAN GEBU."

Post a Comment