RESEPI TAKOYAKI SEDAP.
Bahan adunan Takoyaki:
1 cawan tepung gandum
450 ml air - adunan cair akan menghasilkan bebola yang lembut
1 tsp baking powder
1 tsp garam
1 biji telur
Bahan filling Takoyaki:
Octopus - kalau tak ada boleh gantikan dengan isi udang, crab fillet, cheese, etc.
Kobis - cincang halus
Daun bawang - potong halus (optional)
** Takoyaki bermaksud "Octopus ball".
Bahan sampingan:
Sos takoyaki - boleh dibeli di supermarket atau buat sendiri. Resepi di bawah.
Seaweed - kisar kering halus
Mayonis secukupnya
Fish flakes secukupnya
Bahan sos takoyaki:
1 cup sos tomato
1 cup worcestershire sos
Sedikit halia - diparut halus
1 ulas bawang putih - diparut/tumbuk halus
3/4 cawan gula - boleh dilebihkan sekiranya nak lebih manis
** Satukan kesemua bahan dlm periuk & masak hingga pekat. Setelah masak, angkat & ketepikan.
Cara Penyediaan Takoyaki:
1. Bancuh semua bahan adunan dengan menggunakan whisk sehingga sebati.
2. Tuangkan ke dalam jug plastik yang sesuai. Ini untuk memudahkan adunan dituang ke dalam acuan.
3. Panaskan acuan takoyaki dengan api yang sederhana. Sapukan sedikit minyak masak dalam setiap lubang acuan. Bila acuan dah agak panas, tuangkan adunan ke setiap lubang acuan sehingga penuh.
4. Masukkan bahan filling secukupnya.
5. Masukkan pula kobis yang telah dicincang.
6. Tuangkan sedikit lagi adunan sekiranya masih terdapat ruang kosong dalam acuan.
7. Apabila bahagian bawah bebola sedikit garing, balik2 kan bebola sepaya ianya masak dengan sekata.
8. Setelah masak, angkat & taburkan bahan sampingan. Sedia untuk dinikmati.
SELAMAT MENCUBA.
sumber
0 Response to "RESEPI TAKOYAKI SEDAP."
Post a Comment