Roti arab goreng memang syok kalau makan dengan kari, tak kisah lah kari apa... Memang terbaek...hehehehe... Jom kita buat sama2, sebab saya dah sediakan resepi nya disini...
SELAMAT MENCUBA!!!
BAHAN-BAHANNYA:
2 1/2 cawan tepung gandum (250 gm)
1 sudu teh yis mauripan
1 sudu besar gula
1 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak (Cik Nah guna minyak zaitun)
125 ml air suam (1/4 botol kecil air mineral)
secubit garam (jika suka)
CARA MEMBUATNYA:
1. Ayak tepung bersama yis dan gaulkan supaya yis menjadi rata.
2. Satukan semua bahan lain ke dalam air suam dan larutkannya.
3. Masukkan air bancuhan tadi ke dalam tepung dan uli hingga menjadi doh
yang lembut dan licin.
4. Tutup mangkuk adunan dengan kain yang dibasahkan selama 1 jam.
(Cik Nah guna kain tudung bawal yang dah tak dipakai tuu)
5. Kemudian uli semula doh dan bahagikan kepada 10 bahagian.
6. Canaikan doh setebal 1/4 cm dan goreng dalam minyak yang
sederhana panas. Bila sudah kembung baru dialihkan ke bahagian
belakangnya.
7. Goreng sebiji sebiji sehingga habis.
8. Hidangkanya dengan kuah kari, sambal ikan bilis atau kuah kacang..
Semuanya sedapppp....Dengan sambal belacan pun sedap...
* Pastikan api tidak terlalu kuat takut nanti bahagian dalamnya tidak masak
pula, kerana warnanya cepat perang...
Alhamdulillah buat menjadi cantik.. Lepas leperkan doh.. Masuk terus ke dlm kuali.. Kalau biarkan nanti masa goreng tak kembong
ReplyDelete