RESEPI BINGKA UBI KAYU.



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Minggu nie saya nak share dengan anda semua resepi bingka dan talam sahaja... Mood nak talam jer nie...hehehe... Sangat sesuai untuk sarapan pagi mahupun untuk minum petang. Jadi, saya dah sediakan resepinya untuk anda semua mencuba nya...

SELAMAT MENCUBA!!!!!


Bahan-Bahan:
  • 4 cawan ubi kayu kuning yg telah diparut/sagat 
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 cawan santan pekat
  • sedikit garam
  • sagu dari ubi kayu

Cara-cara
  1. Ubi kayu dibuang kulit dan dibersihkan.
  2. kemudian sagat ubi dgn sagat kelapa.
  3. setelah habis sagat perah ubi dgn kain bersih utk mengeluarkan airnya.
  4. air dari perahan tadi jangan terus dibuang.biarkan 20 min di dlm mangkuk @ besen.
  5. setelah itu tuang air perahan tadi perlahan2 dan kita akan dapati sagu ubi kayu (pati akan mendap di dasar besen)
  6. kemudian campur ubi kayu,sagu,gula,garam dan santan.gaul hingga sebati.
  7. tuang adunan dlm acuan yg telah disapu dgn minyak kelapa @ butter.
  8. bakar dlm oven 175C selama 1/2jam atau sehingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing-masing.

0 Response to "RESEPI BINGKA UBI KAYU."

Post a Comment