RESEPI KEK BUTTER MOIST SEDAP.
Bahan-Bahan
250gm butter
200gm gula kastor
5 biji telur gred A
210gm tepung kek
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla sodium
60ml susu segar/ wholemilk
Cara-Cara
1) Pertama sekali, putar butter dan gula sehingga kembang dan gebu. Masukkan esen vanilla dan putar dengan rata.
2) Asingkan kuning dan putih telur. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang dan tidak jatuh apabila diterbalikkan.
3) Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga kembang.
4) Masukkan telur kuning sebutir demi sebutir dan sambil terus diputar sehingga rata dan gebu.
5) Perlahankan putaran. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau dengan kelajuan perlahan. Masukkan susu dalam 2 kali sebelum dimasukkan baki tepung gandum.
6) Masukkan separuh dari adunan telur putih dan putar dengan kelajuan perlahan.
7) Masukkan baki telur putih dan dikaup balik dengan menggunakan sudip sahaja sehingga sebati.
8) Tuangkan adunan ke dalam loyang yang dialas dan ratakan.
9) Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 °C selama lebih kurang 50 minit atau sehingga masak bergantung kepada ketuhar masing-masing. Boleh Kurangkan suhu pada 15 minit terakhir.
10) Biarkan di dalam loyang selama 10 minit sebelum disejukkan sepenuhnya di atas dawai penderai atau redai.
11) Sejukkan di atas dawai penderai dan potong semasa kek tersebut telah sejuk. Selepas itu, sedia untuk dihidangkan.
Tips: Semasa membakar kek, sekiranya didapati bahagian tengahnya masih belum masak tetapi di bahagian atas kek telah cukup masak, letakkan sehelai aluminium foil di atas permukaan kek dan tambahkan lagi waktu untuk membakar kek sehingga kek masak sepenuhnya. Kemudian cuba kek itu samada sudah masak atau belum. Sekiranya belum masak, langkah ini akan diteruskan sehingga mendapat kek yang telah masak sepenuhnya. Tujuan meletak aluminium foil adalah untuk mengelakkan permukaan kek terlebih masak atau hangit.
SELAMAT MENCUBA.
sumber
0 Response to "RESEPI KEK BUTTER MOIST SEDAP."
Post a Comment