RESEPI NASI BERIANI.



Bahan-bahannya :


3 cawan beras basmathi (dicuci bersih dan direndam selama 30minit. Toskan)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 inci halia dimayang
2 helai daun pandan disimpul
Perencah nasi beriani Maggie (atau sebarang jenama kesukaan anda) dijadikan pes iaitu ditambah air sedikit menjadi pekat
*tidak perlu ditambah garam, gula @ perasa kerana perencah ini telah cukup rasanya
Kiub pati ayam Maggie
Minyak sapi untuk menumis
Rempah 4 sekawan
4 ketul isi ayam untuk dimasak bersama nasi (terpulang kepada citarasa)
Air


Nisbah yang di gunakan,
1 peket perencah : 3 cawan beras
3 cawan beras : 3 1/4 cawan air

Cara Memasak  (dengan periuk biasa) :

 Cairkan minyak sapi.
Tumiskan bawang besar, halia, rempah 4 sekawan dan daun pandan.
 Bila telah wangi, masukkan pes perencah nasi beriani. Kacau sebentar.
Masukkan isi ayam anggaran 3 - 5 minit.
 Masukkan beras dan dikacau  sebentar.
 Masukkan air.
 Tunggu hingga air kering dan ditutup tudung periuk. Kaedahnya seperti memasak nasi biasa.
 Jika suka, boleh ditaburkan gajus, kismis, daun sup/daun bawang, daun pudina serta bawang goreng.

*Jika menggunakan periuk tekanan tinggi (high pressure cooker) sewaktu menumis kaedah "stir fry" digunakan dan bila bahan tumisan telah naik baunya, masukkan ayam dan dikacau sebentar. (kaedah memasaknya sama seperti langkah di atas). Setelah rempah dimasukkan berserta beras dan air, off kan periuk tekanan. Waktu akan diset selama 8 minit dan on kan semula periuk tekanan. Hasilnya nasi siap dimasak selepas 8 minit. Alihkan nasi ke dalam periuk/bekas lain untuk mengelakkan terjadinya kerak nasi.


SELAMAT MENCUBA.


0 Response to "RESEPI NASI BERIANI."

Post a Comment