RESEPI NASI KERABU DAGING BAKAR.



Nasi
Nasi~ Dimasak dengan sedikit pewarna biru.
Kuah Tumis
  • Bawang merah 3 biji
  • Bawang putih 1 ulas
  • Halia sikit
  • Cili kering (ikut suka, aku letak 5 batang)
  • Santan kotak dalam 3-4 cawan kemudian campur air sikit
  • serai  sebatang dititk
  • lengkuas sikit diketuk
  • asam gelugur dalam 3 keping
  • Gula 1 sudu dan sedikit garam
Cara-cara
  1. Kisar bawang putih, merah, halia dan lcili kering kesemuanya, kemudian tumis hingga naik minyak
  2. Kemudian masukkan santan dan kacau. Masukkan serai dan lengkuas.
  3. Selepas santan tadi pecah minyak dan pekat masukkan asam gelugur

Sambal ikan
  • Kelapa parut di goreng hingga garing
  • ikan bakar (aku guna smoked mackerel 1 ekor)
  • bawang merah 4 biji
  • serai
  • Gula keping aka nise keping ore kelate panggil 1 keping dicairkan
Cara-cara
  1. Kelapa parut digoreng atas api perlahan
  2. Mula-mula aku tumbuk bawang merah tapi lambat sengoti, maka aku blender lebihan bawang tu dengan serai
  3. Kemudian isi ikan ditumbuk
  4. Kemudian kelapa parut yang dah siap digoreng ditumbuk hingga lumat (jgn jadi kerisik yer)
  5. Kemudian campurkan isi ikan dan bahan yang diblender. Masa ni aku masukkan garam, blackpepper sikit pahtu sambal oelek.  Kalu takmo, takpe.
  6. Dalam kuali sederhana panas, campurkan campuran ikan + kelapa parut di atas dengan kelapa goreng tumbuk hingga sebati baru masukkan nise keping yang sudah dicairkan.  Masa letak nise nih atas kuali yang sederhana panas supaya nise cair.
Daging bakar
  • 1 batang serai
  • 5-6 ulas Bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • Jintan manis
  • kunyit sedikit
  • Kesemua di blender. Garam diletak sebanyak 1/5 dari hasil blender
  • 200g daging dipotong besar-besar tapi nipis sedikit
  • madu 1 ke 2 sudu
Cara-cara
  1. Marinate daging dengan kesemua bahan diatas seeloknya setengah hari atau sehari lagi sedap.  Marinate garam kunyit tu xpayah banyak2, just sesudu ke dua sudu, lebihan bolehlah disimpan.  Marinate 2 jam pun sedap gak
  2. Bakar sekeping besar tu
  3. Agak-agak dalm 20 minit baru masak
  4. Kalau lepas potong nampak merah letak je atas dapur bakar sikit
Ulam, Budu dan keropok
  1. Ulam aku guna kacang panjang, taugeh dan daun salad
  2. Budu tambah sambal dan perahan limau
  3. goreng keropok

0 Response to "RESEPI NASI KERABU DAGING BAKAR."

Post a Comment