RESEPI AIR ASAM IKAN BAKAR.
Tak lengkap rasanya makan ikan bakar tanpa air asam atau kuah asam nie... Cara buat nya sangat mudah dan simple..
Jom sama2 kita buat ikot selera sendiri dengan berpandukan resepi di bawah...
SELAMAT MENCUBA!!
Bahan-bahannya;
5-6 biji cili padi
2-4 biji cili merah besar
1-2 sudu besar asam jawa dibancuh dengan 1/2 cawan air masak
Sedikit belacan dibakar dahulu
1 sudu garam
3 sudu gula
Sedikit ajinomoto kalau suka
-semua bahan diblend halus.
1 labu bawang besar-didadu halus
1 biji tomato-didadu halus
Sedikit sahaja air limau nipis untuk membangkitkan aroma
Cara-cara;
Masukkan bahan yang diblend dalam mangkuk.
Masukkan buah tomato dan bawang besar yang telah didadu.
Perahkan asam limau nipis. Kacau, kalau pekat sangat boleh tambah air masak lagi.
Perisakan supaya ada rasa masin, manis dan masam. (Lebihkan rasa manis berbanding masin)
Siap.
* Kalau suka;
-boleh tambahkan sos cili
-boleh blendkan sekali dengan udang geragau
-boleh potong-potong aje cili dan semua bahan-gaul/ramaskan dengan tangan semua bahan hingga sebati..
sumber
0 Response to "RESEPI AIR ASAM IKAN BAKAR."
Post a Comment