RESEPI MUFFIN OREO.


Muffin ohh muffin.. menjadi pilihan semua peringkat umur,... Termasuk saya...hehehhe..

Apa lagi..jom kita buat sesama... Dibawah nie saya dh sediakan resepi khas untuk uolls...

SELAMAT MENCUBA!!!

BAHAN-BAHANNYA

125 gram mentega
1/2 cawan gula perang atau brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu teh baking powder ( digaul rata dan diayak)
2 biji telur gred A
1/2 sudu teh esen vanilla
5 keping biskut oreo - kisar bersama krimnya sekali
Beberapa keping biskut oreo untuk hiasan


BAHAN UNTUK BUTTERCREAM

125 gram mentega
70 gram krimwell
80 gram gula ising diayak
1/2 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar susu pekat manis


CARA MEMBUATNYA
  1. Mula-mula panaskan oven pada suhu 175C. Dalam mangkuk mixer, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sehingga sebati. 
  2. Kemudian Isikan bahan aduan tadi dalam cup yang disediankan (1/2 cawan jika anda ingin sapu buttercream atau 3/4 cawan sekiranya anda inginkan yang gebu. Setelah selesai, bakar selama 10 - 15 minit. Sejukkan sebentar sebelum hias dengan buttercream dan biskut oreo. Anda juga boleh gantikan dengan strawberry jika mahu.
  3. UNTUK BUTTERCREAM. Putar semua bahan2 buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat. kemudian isi aduan dalam piping bag...hias sebagaimana yang diinginkan. Letakkan biskut oreo sebagai hiasan.

Related Posts :

  • RESEPI MUFFIN CHEESE KUKUS. Muffin cheese menjadi kegilaan ramai sekarang... Nak bakar malas, so saya nak kongsi cara masak yg paling senang di dunia... iaitu kukus… Read More...
  • RESEPI MUFFIN OREO. Muffin ohh muffin.. menjadi pilihan semua peringkat umur,... Termasuk saya...hehehhe.. Apa lagi..jom kita buat sesama... Dibawah nie say… Read More...
  • RESEPI MUFFIN COKLAT CHIP. Bahan-bahan;1 3/4 cawan tepung gandum1/4 cawan serbuk koko1 cawan gula perang1 sudu kecil baking powder1 sudu kecil soda bikarbonat1/2 s… Read More...
  • RESEPI MUFFIN VANILA. Bahan-bahan: 8 sudu besar butter (dicairkan) 2 biji telur 2 cawan gula (saya guna brown sugar untuk rasa yang lebih sedap) 2 cawa… Read More...
  • RESEPI MUFFIN OREN. Bahannya: 2 cawan tepung 2 sudu teh baking powder 1/4 sudu teh soda bikarbonat - saya lupa letak 1 sudu teh garam 1/2 cawan gula halus … Read More...

0 Response to "RESEPI MUFFIN OREO."

Post a Comment