RESEPI CREAM PUFF MUDAH.



CREAM CUSTARD
Bahan-bahan
1sdb tepung gandum
1sdb tepung custard
200ml susu segar
4 sdb gula pasir
1 biji telur saiz A
1 sdb marjerin/butter
1/2 sdt esen vanilla


Cara penyediaan
1- Satukan tepung gandum, tepung castard dan 2 sdb susu dalam periuk. Kacau rata hingga tak berketul
2- Kemudian masukkan telur dan esen vanilla, kacau rata lagi.
3- Selepas itu, masukkan kesemua baki susu segar dan gula, masak atas api perlahan sehingga pekat. Sentiasa kacau untuk mendapatkan custard yang licin.
4- Tutup api dan masukkan butter. Kacau rata.
5- Masukkan custard ke dalam pipping bag dan sedia di paipkan ke dalam cream puff


CREAM PUFF

Bahan-bahan
1 cwn tepung gandum -120gm
1 cawan air - 200ml
1/2 cwn butter - 90gm > dipotong dadu
4 biji telur (saiz C) bersamaan = 200ml telur > dipukul sebati
1 sdt esen vanilla
1sdb gula
secubit garam

Cara penyediannya
1-  Panaskan oven pada suhu 200'c. Satukan air & butter dalam periuk, masak hingga butter cair
2-  Kemudian masukkan gula dan garam
3-  Dengan menggunakan api kecil, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi kental dan tidak melekat kat periuk. 
4-  Tutup api. Biarkan adunan sebentar / suam.
5-  Masukkan telur yang telah dipukul sebati bersama esen vanilla dan kacau hingga sebati menggunakan whisk. (kalau nak lebih mudah, masukkan adunan dalam mangkuk pemutar dan putar menggunakan mixer hingga sebati)
6-  Selepas itu, masukkan adunan ke dalam pipping bag dengan menggunakan nozel berbentuk bintang. 
7-  Paipkan adunan bentuk rosset  di atas dulang pembakar dan tekan bucu supaya kejadian puff nanti cantik bulat. 
8-  Spray permukaan doh/rosset dengan air
9-  Bakar pada suhu 200'c selama 15minit dan kemudian turunkan suhu kepada 180'c dan teruskan bakar selama 20minit hingga keperangan. (Bergantung pada oven masing-masing)
10- Setelah sejuk bolehlah paipkan cream kastard dan sedia dihidangkan.. (Nina tak belah cream puff tapi Nina masukkan cream kastard dalam pipping bag + nozel yang kecil dan cucuk kat dalam cream puff tadi)  

Selamat mencuba!

0 Response to "RESEPI CREAM PUFF MUDAH."

Post a Comment