RESEPI KUIH AKOK PANDAN.



Bahan-Bahan:( sukatan cawan)
  • 1 cawan telur (pecahkan telur masukkan ke dalam cawan)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan gula kabung (Racik halus masukkan dalam cawan)
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gandum
  • 3 helai daun pandan (carik-carik)
  • Secubit garam
Cara-Cara:
  1. Panaskan oven selama 15minit suhu 200'C dan griskan acuan dengan minyak.Masukkan acuan ke dalam oven.
  2. Satukan gula kabung, air dan daun pandan.Masak hingga gula hancur.Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar.
  3. Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender.Dan blend hingga betul2 kembang.(Adunan kuih akok memang cair).Tapiskan
  4. Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut.
  5. Bakar hingga masak.Lina pg bakar selama 15min suhu diturunkan ke 180'C.Guna api atas dan bawah.

0 Response to "RESEPI KUIH AKOK PANDAN."

Post a Comment