Bahan-bahan tumis
3 ulas bawang putih mayang halus
halia ketuk2 je
serai 2 batang ketuk2
kulit kayu manis
bunga lawang
beras basmati 3 cawan
minyak jagung 1/2 cwn
minyak sapi 3 sd besar
susu cair satu cawan
garam 3sd kecil
gula 2 sd kecil
daun pandan koyak2 kan
Cara-cara:
- Masukkan dalam kuali 1/2 cawan minyak jagung dengan 3 sd besar minyak sapi.
- Bila dah panas masukkan bahan tumis, tumis sampai garing dan naik bau.
- Apabila dah naik bau saya transfer bahan2 ni ke dalam periuk nasi elektrik. Kemudian masukkan susu cair, air yg telah disukat mengikut beras, garam, gula dan daun pandan. Apabila mendidih masukkan beras basmati yg sudah di basuh terlebih dahulu.
- Biarkan beras masak sepenuhnya. Petua masak nasi guna beras basmati ni jangan selalu kacau.
- Kacau 2 kali je sekali masa kita masukkan beras sekali lagi bila air dah kering.
- So siap la nasi minyak kita.
SELAMAT MENCUBA.
0 Response to "RESEPI NASI MINYAK."
Post a Comment