RESEPI PAU KACANG MERAH.



Bahan Inti Kacang Merah:
500g kacang merah
1 1/2 cawan gula pasir
3 sudu besar minyak jagung
1 sudu besar tepung gandum
2-3 helai daun pandan
Air secukupnya
 
Cara memasak:
1.Rendam kacang semalaman hingga kembang.Bilas dan rebus hingga pecah dan empuk.
   Matikan api dan sejukkan sebentar.
2.Setelah sejuk,blend atau kisar separa halus.Tak perlu halus sangat,tak sedap bila makan nanti.
3.Kemudian jerang balik atas dapur dengan menambah air,daun pandan yang disiat disimpul
   dan masukkan gula.
4.Gula boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa memasing.
   Bila sudah hamper sebati dan pekat masukkan tepung gandum dan kacau rata hingga sebati.
5.Akhir sekali masukkan minyak jagung.Bila sudah pekat,matikan api dan sejukkan dulu se-
  belum digunakan.
 
Bahan Untuk Doh Pau:
1 kg tepung Pau 'Blue Key'
11g yis kering 'mauripan'
1 sudu kecil bread improver 'nona'
2 sudu besar shortening
1/2 cawan minyak jagung
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar gula kastor
2 1/2 sudu kecil garam halus
3 cawan air biasa
 
Cara membuat:
1.Bancuh yis dengan 1 cawan air,lepas tu taburkan denga sedikit gula supaya yis tu membiak
   berbuih-buih elok.
2.Satukan bahan-bahan yang lain dan masukkan balance air yang tinggal dua cawan tadi
   sedikit demisedikit dan gaul rata.
3.Kemudian uli tanpa henti lebih kurang 15 minit hingga betul-betul sebati dan memutih doh
   tu.Sambil menguli ditumbuk-tumbuk sedikit doh tu untuk buang angina yang berlebihan.
   Rehatkan doh sebentar lebih kurang 5 minit.
4.Kemudian bagikan kecil-kecil untuk dimasukkan inti.Kalau buat bajet comey-comey 1 kg
   tepung ni boleh dapat hingga 40 biji pau.
5.Setelah dimasukkan inti lapikkan dengan daun pisang  dan susun dalam pengukus.Susun
   jarang-jarang.Biarkan naik seketika.Sebaiknya diletak di tempat ada cahaya supaya ia cepat
   mengembang.
6.Setelah permukaan pau itu betul-betul naik bolehlah dipanaskan kukusan kita.
7.Kukus pau lebih kurang 5-7 minit sahaja dengan api yang sederhana.


0 Response to "RESEPI PAU KACANG MERAH."

Post a Comment